Tiada Tempat Duduk Untuk Warga Emas, Pemandu Beri Jalan Penyelesaian

Pengangkutan awam disediakan bukan sahaja untuk memudahkan anak-anak muda yang belum mempunyai kereta untuk bergerak ke hulu ke hilir, tetapi warga emas juga banyak mengambil bas dan kereta api untuk bergerak dengan mudah tanpa perlu memandu sendiri.

Atas sebab itulah kita akan melihat arahan di dalam bas atau kereta api yang mengingatkan penumpang untuk mendahulukan warga emas dengan memberi tempat duduk kepada mereka.

Walau bagaimanapun kadang kala penumpang lain terlalu mementingkan diri dan buat-buat tak nampak bahawa terdapat warga emas yang memerlukan tempat duduk lebih dari mereka..

Itulah yang dapat dilihat dalam sebuah video dari China ini yang melakonkan babak tersebut di dalam bas. Dalam video yang dikongsikan di Twitter itu, seorang perempuan tua masuk ke dalam bas namun semua tempat duduk dipenuhi anak-anak muda.

Seorang gadis menyedari kehadiran perempuan tua itu tetapi apabila dia melihat orang lain tidak bangun dia pun berpura-pura tidak melihat.

Perkara tersebut disaksikan oleh pemandu bas yang kemudiannya memanggil warga emas itu ke hadapan. Dia kemudian memberikan tempat duduknya kepada wanita itu dan mengajar perempuan tua itu bagaimana untuk memandu bas berkenaan.

Sebaik melihat apa yang dilakukan pemandu bas itu, barulah semua penumpang bas tersebut ingin memberikan tempat duduk mereka kepada wanita itu kerana tidak ingin wanita itu memandu.

Perkongsian video tersebut membuat ramai netizen terhibur dengan ‘jalan penyelesaian’ pemandu bas berkenaan walaupun tidak memahami apa yang dicakapkan dalam video.

Sumber HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*