Tempat beli beIah miliki tasik yang indah

Apabila disebut  tentang pus@t beli belah, pasti ramai yang suka untuk melewati ke kawasan-kawasan tersebut terutamanya golongan wanita. Ditambah pula dengan musim promosi yang memuncak, makin ramailah yang mengambil peluang  untuk membeli pelbagai barang keperluan termasuklah pakaian.

Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah daripada kita yang suka mengunjungi pus@t beli belah kerana keindahan yang didapati menerusi rekaan bangunan dan kawasan-kawasan natural.

Tidak terkecuali dengan sebuah pus@t beli belah ini yang terletak di Seri Kembangan, Selangor dimana telah menjadi tular menerusi laman media Twitter milik @ptrnrzffh. Berdasarkan rakaman tersebut, shopping mall terb@bit memiliki sebuah tasik yang panjang dan dikelilingi dengan bot-bot persiaran untuk pengunjung.

Lebih menyeronokkan apabila suasana kawasan berkenaan kelihatan seperti pus@t beli belah di luar negara. “Dekat mana ni? Serius aku baru tahu ada mall macam ni kat Malaysia”, kata pemilik akaun tersebut.

Kebanyakkan warga netizen yang menyatakan berasa teruja selain daripada menyatakan nama shopping mall tersebut. “The mines Seri Kembangan. Pergi situ jangan lupa bawa pancing. Ikan patin banyak”, kata salah seorang warga netizen dengan nada jenaka.

Posting yang berdurasi selama 17 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 207 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter terb@bit.

Sumber HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*