“Hadoii Jihan2…”- Parodi MeIetop 4 Dara cuit hati warganet

Seperti biasa, segmen parodi menjadi antara segmen yang dinanti-nantikan oleh peminat rancangan hiburan popular, MeIetop dimana ia bersiaran pada setiap Selasa.

Biarpun begitu, sememangnya segmen parodi bukanlah asing lagi dalam dunia hiburan tanah air apatah lagi terdapat pelbagai parodi kian dilakukan oleh orang ramai lalu dikongsikan menerusi laman sosial.

Walau bagaimanapun, parodi MeIetop yang dilakukan oleh pelawak-pelawak terkenal seperti Jihan Muse dan Bell Ngasri antara yang sering berjaya menghiburkan warganet dengan gelagat mereka.

Sedia maklum juga, Cabaran 4 Dara yang dilakukan oleh Elly Mazlein antara yang cukup popular sejak kebelakangan ini dan ternyata, ia menjadi tajuk bagi parodi kali ini.

Melalui perkongsian di Youtube Meletop, parodi berjudul 4 Dara Challenge dengan berdurasi selama 1.39 minit ini mendapat ribuan tontonan selepas dikongsikan.

Parodi terbaharu itu merupakan gandingan daripada Jihan Muse, Bell Ngasri dan Daniel dimana dia juga sering menghasilkan video-video parodi menghiburkan. Ternyata gabungan mereka ini tidak mengecewakan penonton.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*