Trump tak peduli peraturan isolasi Covid-19, kembali masuk pejabat

DONALD Trump tidak mempedulikan garis panduan isolasi Covid-19 apabila kembali bekerja di Rumah Putih.

Presiden Amerika Syarikat (AS) memasuki pejabat di Rumah Putih buat pertama kali setelah kembali dari sebuah hospital tentera awal minggu ini bagi mendapatkan rawatan Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Rumah Putih.

Terdahulu, Trump mendakwa ramai orang maut akibat selesema setiap tahun.

“Adakah kita akan menutup negara kita?” katanya.

“Tidak, kita perlu menghadapinya, seperti kita menghadapi Covid-19 di kebanyakan lokasi jauh lebih banyak mengakibatkan kematian,” katanya.

Trump kembali ke Rumah Putih hanya selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. – Mirror

Via mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*