Ramai perasan ada yg tak kena, minta Dr Noorhisham Berehat

Selesai menjalani kuarantin  kendiri di rumah selama dua minggu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal mengadakan sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini.

Hasil pemeriksaan kesihatan dan keputusan ujian C0vid-19, mengesahkan Dr Noor Hisham Abdullah nega-tif. Justeru, beliau akan kembali bertugas di pejabat KKM.

Buat sidang media di KKM

Sidang media juga dijangka diadakan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selepas dua minggu beliau mengadakan sidang media berkaitan C0vid-19 di kediamannya sejak 6 Oktober lalu tanpa kehadiran media

Banyak Kali Batuk Ketika Sidang Media

Kuala Lumpur: Keadaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang ada ketikanya terbatuk mendapat simpati warganet ketika beliau mengadakan sidang media C0vid-19 harian di Putrajaya hari ini.

Ramai warganet daripada kira-kira 15,000 yang mengikuti sidang media langsung di Facebook (FB) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam ruangan komen mendoakan kesihatan Dr Noor Hisham.

Noor Hisham yang berpakaian kemas sut lengkap bertali leher dan memakai pelitup muka berwarna hitam dilihat segelintir warganet seperti kepen@tan.

Antaranya pemilik akaun Hamizan Pajar: “Kesian dato (Dr Noor Hisham), betul-betul pen@t tu, besar sungguh peng0rbanan dato dan semua barisan hadapan, terima kasih untuk semuanya. Semoga semua barisan hadapan dilindungi Allah SWT, korang memang terbaik.

Bagi Md Noor Hussin pula tulisnya di ruang komen: “Diharap KKM buat giliran untuk DG (Dr Noor Hisham) semasa PC (sidang media dengan para media. Kesian weh…tengok dato DG dah keletihan! Sama-sama kita berdoa agar C0vid-19 ini reda.”

Antara komen lain ialah, Mat US: “Pen@t dah sebut kita jaga kita…kesian TSDH.” Nona Karim: “Tengok muka DG pen@t, cian.”

Bagi pemilik akaun Haniff Klang beliau meminta Dr Noor Hisham menjaga kesihatan kerana rakyat memerlukannya yang dianggap hero.

Carrie Soon pula komen: “Dr betul-betul jawab soalan, dan beri cara serta jawapan yang berguna walaupun kerja dah banyak…you are the best.”

Bagi pemilik akaun Miza Rasmi katanya: DG Noor Hisham cakap seboleh-bolehnya duduk di rumah jika tiada perkara penting.

Mapatan Sudin juga komen serupa iaitu mengulangi nasihat Dr Noor Hisham, kalau nak 100 peratus tidak terjngkit, duduk di rumah.

Tetapi ada juga yang bergurau dengan membida pelitup muka dipakai Dr Noor Hisham seperti pemilik akaun Mohamad Syahir tulisnya ‘Lock mask Tan Sri’

Dalam sidang media itu, Dr Noor Hisham hari ini berkata, jumlah kes baharu harian C0vid-19 di Malaysia mencatatkan 865 kes dan menjadikan angka keseluruhan sebanyak 21,363 kes.

Angka terbaharu hari ini menunjukkan kes melebihi 800 adalah untuk tiga hari berturut-turut.

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*