Pernah naik ke level 12, tapi kali ini rider merayu pelanggan di rumah bertingkat tak selfish, turun ambil order… semuanya kerana Covid-19! – “Caj ekstra dah tak penting”

BUKAN setakat pegawai kesihatan dan pasukan keselamatan, penghantar makanan juga antara petugas barisan hadapan ketika pandemik Covid-19.

Sebagai frontliners, mereka juga terdedah risiko semata-mata untuk memenuhi selera pelanggan.

Dengan peningkatan mendadak kes Covid-19 sehingga mencatatkan tiga angka sejak kebelakangan ini, jelas menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penghantar makanan yang sentiasa berurusan dengan orang ramai saban hari.

Rentetan itu, seorang penghantar makanan meluahkan kekecewaannya terhadap sikap segelintir pelanggan yang tinggal di rumah bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium

Perkongsian seorang pemuda di laman sosial.

Menerusi siri luahan di laman Twitter, pemuda berkenaan menjelaskan antara mereka bersikap malas untuk turun ke tingkat bawah bagi mendapatkan pesanan mereka.

“Please common sense, buat masa sekarang je. Sekarang kes dah meningkat. Tolonglah fikir keselamatan diri, rider dengan penghuni lain.

“Jangan sebabkan malas nak turun, anda buat orang lain berjangkit. Please jangan selfish (pentingkan diri sendiri). Tolonglah turun ambil makanan,” tulisnya menerusi ciapan dan ruangan bebenang sehingga diulang kicau lebih 12,000 kali.

Sebagai penghantar makanan, katanya, banyak lokasi yang dikunjungi mereka tanpa menyedari keberadaan virus meskipun menjaga kebersihan.

“Kami naik lif, tangga… terpegang. Anda terjangkit. Orang lain terjangkit. Yang salahnya kami. Padahal korang yang selfish nak rider hantar sampai depan muka.

“Tolonglah faham. Dan anda pun tak tau apa yang dah melekat dekat badan anda. Bila keluar berjumpa orang sana sini. Tolong fikirkan keselamatan orang lain juga, ” ujarnya.

Butang lif antara tumpuan berisiko jangkitan Covid-19. Foto twitter rudyroutepecker

Menurut pemuda itu, keluhannya itu bertujuan untuk menjaga keselamatan pelanggan di samping mengelakkan kluster yang melibatkan penghantar makanan.

Sepanjang bertugas sebagai penghantar makanan, dia tidak pernah merungut untuk ke tingkat atas di kediaman bertingkat demi menghantar pesanan kepada pelanggan.

Kalau yang mengandung ke ada anak kecil itu lainlah ceritanya. Kami pun ada akal boleh berfikir atas dasar timbang rasa
PENGHANTAR MAKANAN

Baginya, ia adalah tanggungjawab mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik selain mencari rezeki untuk menyara kehidupan sekeluarga.

“Aku tak pernah bersungut langsung nak kena naik. Ada sampai aku kena naik tangga sampai tingkat 12. Tak kisah. Cuma buat masa ni je.

“Kami pun ada famili. Kami tak tahu, entah-entah dalam kawasan anda itu ada yang terjangkit. Please,” tambahnya.

Antara bungkusan makanan yang dihantar hingga ke pintu rumah. Foto twitter rudyroutepecker

Bagaimanapun, luahan rasa kecewanya itu tidak merujuk kepada semua pelanggan di kediaman bertingkat kerana masih mempunyai timbang rasa.

“Kalau yang mengandung ke ada anak kecil itu lainlah ceritanya. Kami pun ada akal boleh berfikir atas dasar timbang rasa.

“Terus terang aku cakap. Bagi aku dan beberapa rider lain, caj ekstra tu tak penting dah kalau nak kami naik. Cuma kesihatan, keselamatan yang penting sekarang ini dengan kes makin hari makin naik.

“Misal kata yang sakit kronik. Tak mampu nak bergerak sangat. Kami cuba timbang rasa. Yang sihat-sihat ni. Bukan apa, cuma dalam pandemik ni saja. Lepas ni dah okay, tak kisah dah,” katanya.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*