Kontak rapat Dr Zulkifli hadir Mesyuarat Khas MKN, diarah jalani kuarantin 14 hari

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau disahkan positif Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang menjalanai kuarantin di kediaman sendiri.

Ia berikutan kedua-dua pemimpin itu mempunyai kontak rapat dengan Dr. Zulkifli, kerana turut hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Muhyiddin pada 3 Oktober lalu.

Kontak rapat mesyuarat MKN kena kuarantin

Berdasarkan Tan Sri Muhyiddin dalam sebuah kenyataan, memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat itu.

Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat ini diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober lalu dan dipakaikan gelang pengawasan.

Kenyatan Media YAB Perdana Menteri Malaysia

Posted by Muhyiddin Yassin on Monday, 5 October 2020

Difahamkan, ahli mesyuarat yang bukan menjadi kontak rapat juga dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri, bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober bagi mengawasi tahap kesihatan mereka.

Batal sidang media

Memandangkan sudah menjadi kontak rapat kes positif Covid-19, Menteri Pertahanan, Ismail Sabri, bertindak segera membatalkan sidang media yang sepatutnya diadakan pada jam 2 petang kerana enggan memberi risiko kepada petugas media.

“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat itu (bersama Zulkifli)…”

Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini.Sebenarnya pagi tadi saya…

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Monday, 5 October 2020

“Oleh itu, saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test (ujian calitan) dan balik ke rumah untuk self-quarantine. Saya tidak mahu sidang media itu boleh membahayakan (petugas) media…”

Diharapkan, perintah kuarantin ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut SOP yang ditetapkan.

Sumber : Tan Sri Muhyiddin Yasin & Datuk Seri Ismail Sabri 

Via OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*