Hairan sikap makcik gerai terlalu berkira walau hanya berbaki sekeping kuih, Uncle Kentang terus tak jadi sedekah – “Kerugian makcik… tak pandai tambat hati saya”

PASTI kita biasa mendengar, tidak akan miskin seseorang sekiranya bersedekah.

Amalan bersedekah bukan sahaja amat digalakkan kepada golongan yang kurang mampu, namun tidak ada saIahnya ia dilakukan untuk tujuan lain contohnya mengelakkan pembziran, sebagai tanda mengucapkan terima kasih, mengeratkan hubungan silaturrahim dan sebagainya.

Bagi mereka yang berniaga makanan, ada masanya terdapat lebihan hasil jualan, justeru tidak salah jika sekali sekala bersedekah kepada pelanggan mereka.

Namun ada juga peniaga yang terlalu menitikberatkan keuntungan ataupun bersikap terlalu ‘berkiira’ sebagaimana perkongsian aktvis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Menerusi satu coretan di Facebook, Uncle Kentang bercerita mengenai pengalamannya membeli sarapan di sebuah gerai.

“Saya pi beli kuih. Saya minta dua kuih. Dalam bekas kuih ada sekeping kuih hanya tinggal. Makcik pun dah berkemas untuk tutup gerai. Makcik ini tak pandai niaga.

“Yang sekeping kuih itu patut sedekahlah kat saya, tak payahlah Iokek. Kalau makcik automatik sedekah sekeping kuih yang tertinggal tu pada saya, pasti sah saya akan beri duit lebih kepada beliau sebagai sedekah saya pada makcik kuih,” tulisnya pada perkongsian tersebut

Uncle Kentang aktif dengan aktiviti kebajikan terutama pengurusan jen@zah masy@rakat Islam.

Uncle Kentang yang aktif melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan berkata, sikap peniaga tersebut mencerminkan imej yang kurang cantik sekaligus mampu memberi kesan kepada perniagaannya.

“Kerana makcik berkira sangat, maka saya pun tak minat nak sedekah kepada makcik duit lebih. Kervgi@n makcik, tak dapat tambat hati saya. Saya tak akan pilih gerai makcik pada masa depan kerana hati dia l0kek… tak pandai berniaga,” ujarnya.

Uncle Kentang turut membuat satu contoh perbandingan sebagai renungan bersama mengenai kelebihan bersedekah.

Sungguhpun sering terIibat dalam pengurusan jen@zah masyarakat Islam, Uncle Kentang tidak pernah memilih bulu dalam menghulurkan bantuan.

“Tanya diri sendiri mengapa Makcik Kiah jual nasi Iemak dua jam sudah beres. Mengapa kita jual nasi lemak dari pagi hingga jam 12 tengah hari masih ada separuh t0ng?

“Pvnca untuk laris berniaga adalah bersedekah, ingat tu,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih melebihi 200 shares, malah ia turut dihujani dengan k0men netzen yang memuji Uncle Kentang kerana lebih arif mengenai kelebihan sedekah sungguhpun berbangsa Cina.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*