Gambar Harimau Dengan Pokok Bawa Tuah, Menang Anugerah Fotografi Hidupan Liar 2020

Aksi seekor harimau betina Amur yang sedang memeIok pokok  membawa tuah bagi jurugambar Rusia, Sergey Gorshkov yang menjadi pemenang anugerah Wildlife Photographer of the Year tahun ini.

Kemenangan itu adalah hasil 11 bulan usaha Sergey menggunakan kamera tersembunyi untuk merakamkan gambar spesies tersebut yang hanya boleh ditemui di timur Rusia.

“Ia adalah pemandangan yang berbeza dengan yang lain. Sekilas detik indah di dalam hutan ajaib,” kata Roz Kidman C0x, ketua panel pengh@kiman.

Menurut ahli juri, Tim Littlewood, harimau Amur atau harimau Siberia kini menghampiri kepupusan ak!bat pemburvan dan pembaIakan. Pun begitu, usaha pemuliharaan haiwan itu dipercayai berjaya meningkatkan jumlah spsies berkenaan.

“Pemandangan luarbiasa harimau yang ‘tenggeIam’ dalam lingkungan semula jadi memberi kita harapan, kerana Iaporan terkini menunjukkan peningkatan jumlahnya hasil usaha pemuliharaan yang berdedikasi,” katanya.

Menurut CNN, majlis penganugerahan pertandingan fotografi anjuran NaturaI History Museum itu telah dijalankan secara atas talian pada Selasa lalu. Beberapa gambar terpilih daripada 100 imej yang telah disenaraipendek akan dipamerkan di Natural History Musevm di London.

Sumber SK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*