Awan Melingkar DiIapor Muncul Di Tiga Puncak Gunung Di Jawa, Gemprkan Penduduk Tempatan

Penduduk di Jawa, Indonesia gempar setelah menyaksikan beberapa awan yang kelihatan melingkar di puncak Gunung Merbabu, Gunung Merapi dan Gunung Lawu pada Khamis, lapor Gelora.co..

Ketua Bahagian Data dan Maklumat Stesen Klimatologi BMKG Semarang, Lis W Harmoko mengatakan bahawa awan yang muncul di puncak tiga gunung itu jenis lenticularis.

“Pada umumnya awan lenticularis merupakan awan atau kelompak awan yang berbentuk seperti piring atau lensa yang terperngkap dalam lapisan atmosfera yang lebih rendah. Ia terperngkap kerana awan lenticularis umumnya kelihatan tidak bergerak di tempat ia terbentuk,” jelas Harmoko.

Tambahnya lagi, kemunculan awan lenticularis adalah merupakan tanda kehadiran gelombang gunung yang cukup berbah@ya bagi laluan penerbangan.

Awan tersebut juga mulai terbentuk ketika arus angin yang mengalir selari dengan permukaan bumi menemui rintangan dari objek-objek tertentu seperti gunung.

“Akib@t rintangan ini, arus udara bergerak secara menegak ke arah puncak awan,” katanya.

Jika udara tersebut mengandungi banyak wap air dan bersifat stabil, maka ketika mencapai suhu titik embun di puncak gunung, wap air mula berkondensasi menjadi awan mengikuti kontur puncak gunung.

“Inilah mengapa awan lenticularis terlihat tidak bergerak kerana awan mula terbentuk dari sisi arah datangnya angin (windward side) di puncank gunung kemudian menghilang di sisi turunnya angin (leeward side),” katanya.

Sumber: Gelora

Via sk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*